99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Martabatkan CPEC Sebagai Projek Contoh BRI

(CRI)Selasa 11 Oktober 2022

Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC) merupakan projek rintis yang berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan juga projek ikonik kerjasama dua hala pada era baharu.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam taklimat media pada Isnin.

Menurutnya, bidang tenaga antara yang menyaksikan peruntukan paling besar, perkembangan paling pesat serta paling produktif dalam kerjasama CPEC.

Usaha sama itu bukan sahaja menyediakan bekalan tenaga yang bersih, mantap dan berkualiti kepada Pakistan, malah mencipta banyak peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan, di samping membantu memupuk modal insan dalam pengurusan projek tenaga.

Tambah beliau, China bersedia terus memperdalam kerjasama saling untung dengan Pakistan berdasarkan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi ke arah memartabatkan CPEC sebagai projek contoh pembangunan berkualiti BRI.

Gaya Hidup