99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Isu Taiwan Sama Sekali Berbeza dengan Isu Ukraine

(CRI)Khamis 29 September 2022

Pendirian China mengenai isu Ukraine adalah konsisten dan jelas, iaitu kedaulatan dan integriti wilayah setiap negara patut dihormati, manifesto dan prinsip Piagam PBB patut dipatuhi, keprihatinan setiap negara terhadap keselamatan patut diambil kira, dan sebarang usaha yang kondusif bagi penyelesaian krisis Ukraine secara damai patut mendapat sokongan.

Demikian dinyatakan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media 28 September.

Ketika diminta memberi komen mengenai situasi di Ukraine, Wang Wenbin berkata bahawa sebagai negara besar yang bertanggungjawab, China sentiasa komited untuk mendorong rundingan damai, dan tidak pernah bersikap membisu, atau mengadu-dombakan pihak-pihak terbabit, atau memainkan peranan tukang catut, melainkan terus mengusahakan kedamaian dan memainkan peranan yang bersifat membina untuk meredakan ketegangan."

Wang Wenbin menekankan bahawa Taiwan adalah bahagian yang tidak boleh dipisahkan dari China. Isu Taiwan yang merupakan urusan dalaman belaka, sama sekali berbeza dengan isu Ukraine. Beliau menegaskan bahawa tiada apa-apa maknanya untuk membandingkan kedua-dua isu tersebut.

Gaya Hidup