99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Terbuka Terus

(CRI)Khamis 22 September 2022

China tidak akan menutup pintunya yang sudah terbuka kepada dunia luar, sebaliknya akan terus meningkatkan tahap keterbukaannya pada masa hadapan.

Demikian kata Jurucakap kementerian luar Wang Wenbing dalam sesi media di Beijing pada Selasa, ketika mengulas siri laporan dikeluarkan Biro Statistik Negara (NBS) mutakhir ini mengenai prestasi pertumbuhan sosioekonomi China sejak berlangsungnya Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC) pada 2012. 

Menurut data statistik berkenaan, kadar pertumbuhan tahunan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) China berpurata 6.6 peratus pada 2013 hingga 2021, lebih tinggi daripada paras purata dunia yang mencatat 2.6 peratus dan paras purata entiti membangun yang menokok 3.7 peratus dalam tempoh sama.

Wang berkata, laporan itu memaparkan agregat ekonomi China menduduki 18.5 peratus keseluruhan ekonomi dunia pada 2021, naik 7.2 mata peratusan berbanding 2012.

“Sepanjang sedekad lalu, nisbah sumbangan China dalam pertumbuhan ekonomi dunia melebihi 30 peratus secara puratanya, menduduki tempat pertama di dunia. Jelaslah, China adalah enjin yang berfungsi memacu ekonomi dunia bertumbuh mantap,” katanya.

Beliau mengulangi kesediaan China untuk bersama dunia dalam memperkasakan kerjasama substantif dalam pelbagai bidang supaya memudahkan pelbagai negara berkongsi peluang yang dibawa pembangunan China.

Gaya Hidup