99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Media Antarabangsa: Lawatan Xi ke Asia Tengah Signifikan

(CRI)Rabu 21 September 2022
Media Antarabangsa: Lawatan Xi ke Asia Tengah Signifikan

Pada 14 hingga 16 September, Presiden China, Xi Jinping telah menghadiri Mesyuarat Ke-22 Majlis Pemimpin Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Samarqand, dan mengadakan lawatan rasmi ke Kazakhstan dan Uzbekistan. Kerjasama, keselamatan, pembangunan, keterbukaan, saling percaya dan saling hormat menjadi perkataan hangat dalam liputan media antarabangsa. Presiden Xi memilih Asia Tengah sebagai destinasi pertama dalam jadual lawatannya setelah tercetusnya wabak COVID-19 sangat signifikan.

Menurut Agensi TASS Rusia, semasa lawatan ke Asia Tengah pada sembilan tahun yang lalu, Xi pernah mengemukakan Inisiatif Jalur Ekonomi Jalan Sutera di Kazakhstan buat kali pertama, dan sekarang ini beliau memilih menjelaskan visi China dalam diplomasinya ketika melawat lagi negara itu, iaitu mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan dan memelihara kedamaian dan pembangunan dunia.

Menurut KAZINFORM Kazakhstan pula, lawatan rasmi Presiden Xi adalah bermakna besar bagi negaranya dan serantau, memperlihatkan kepekaan China terhadap Kazakhstan dan perkongsian rakan strategik komprehensif China- Kazakhstan yang bertaraf tinggi, dan menyuntik kedinamikan kepada bidang kerjasama kedua-dua negara. Pengumuman bersama ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan bilateral yang termeterai menandakan permulaan "tiga dekad emas" yang baharu.

Sementara itu, media Uzbekistan juga menerbitkan laporan dalam bilangan besar berhubung kenyataan Presiden Xi yang menyebut China adalah "kawan, rakan dan saudara baik bagi Uzbekistan".

Gaya Hidup