99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Hong Kong, Entiti Ekonomi Paling Bebas di Dunia

(CRI)Khamis 15 September 2022

Golongan peniaga dari seluruh dunia dialu-alukan datang ke Hong Kong untuk mencari lebih banyak peluang perniagaan hingga menggapai kejayaan lebih besar, kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning.

Mao menyatakan ekonomi Hong Kong terus berkembang maju di bawah sokongan penuh kerajaan pusat dalam tempoh 25 tahun lalu sejak kembali ke tanah air.

"Status Hong Kong sebagai pusat kewangan, perkapalan dan perdagangan antarabangsa terus diperkukuh, manakala iklim perniagaannya yang bebas, terbuka dan berlandaskan undang-undang kekal mantap," katanya.

Kumpulan pemikir dari Kanada, Institut Fraser dalam laporan terkininya sekali lagi meletakkan Hong Kong sebagai entiti paling bebas dalam 165 entiti ekonomi dunia.

Mao menyifatkan penilaian itu sebagai tanda keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kelebihan unik serta prospek pembangunan Hong Kong.

"Kami mengalu-alukan peniaga dari seluruh dunia merebut peluang ini untuk melebarkan sayap perniagaan di Hong Kong,”ujar beliau semasa sesi taklimat pada Rabu.

Gaya Hidup