Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad hari ini diberi penghormatan oleh Beijing Foreign Studies University (BFSU) untuk menyampaikan ucapan sempena Majlis Konvokesyen universiti itu. Lebih manis lagi, ucapan beliau disampaikan dalam bahasa Melayu di hadapan hampir 3,000 graduan dari pelbagai bidang.
Ketika jurulatih sukan terjun dari China yang berusia 79 tahun, Zhou Xiyang dan suaminya Shang Zhi menerima kunjungan tiga murid Malaysia, yang diibaratkan seperti anak-anak perempuannya sendiri, kesemua mereka ketawa, menangis, dan berpelukan erat.
Bersempena dengan sambutan ulang tahun hubungan diplomatik Malaysia-China ke-50 pada tahun 2024, Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Unit Pemartabatan dan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu (UPPBM), Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan bersama-sama Beijing Foreign Studies University (BFSU), China dan Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan Persidangan Antarabangsa Sosiobudaya Malaysia-China (PERSOMANA) 2024.
Satu majlis diadakan di Chinese High School Batu Pahat, Johor pada 23 Mac untuk mempromosikan kursus kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan sekolah itu melalui kerjasama dengan syarikat China, Yuanqi Shuchuang yang berpangkalan di Hangzhou.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2024 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang