Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Presiden China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, Xi Jinping sebagai anggota yang terdaftar Delegasi Provinsi Jiangsu telah menyertai sesi perbahasan anjuran delegasi itu semasa berlangsungnya persidangan ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 pada petang 5 Mac lalu.
Prosedur pembacaan buat kali ketiga berhubung Kod Tatalaku (CoC) Laut China Selatan (LCS) telah dimulakan menyusuli pembacaan kali kedua yang sudah diakhiri dengan jayanya. Demikian dimaklumkan Menteri Luar China, Wang Yi berhubung "dasar luar China" dalam sidang media untuk sesi ke-2 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 pagi Khamis.
Sidang media yang bertema ekonomi sempena Persidangan Kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China ke-14 telah diadakan di Beijing petang Rabu. Pegawai dari Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan, Bank Rakyat China dan Suruhanjaya Penyeliaan Sekuriti China (CSRC) telah menjawab pertanyaan mengenai topik ekonomi hangat dan membuat penjelasan secara terperinci tentang hala tuju kerajaan dalam penggubalan dasar bagi masa depan.
Presiden Xi Jinping mengingatkan para anggota Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) agar membulatkan tekad supaya menyumbang kepada pembinaan modenisasi China.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2024 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang